Nur Af CQ

Malay Arabic English
You are here: Home / Info / Produk Kami

Produk Penjagaan Kulit Nur AF CQ

Penjagaan kesihatan kulit dan bahagian luaran badan amat perlu diberi perhatian ketika menunaikan ibadah haji/umrah terutamanya dalam keadaan cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

KELEBIHAN PRODUK

Rangkaian produk kesihatan keluaran Nur AF CQ merupakan satu-satunya produk yang mempunyai Kajian dan Penyelidikan (R&D) dan diformulasikan sepenuhnya oleh Bumiputera Islam iaitu Prof Dr. Hj. Ridzwan Bin Hashim (PMK), Jabatan Bioperubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga merupakan Ketua Penyelidik Spesis Gamat IRPA (Intensive Research In Priority Areas).

Produk Nur AF diformulasikan khusus untuk memenuhi keperluan para jemaah haji/umrah di tanah suci. Pakej premium ini dilengkapi dengan LOSYEN PELEMBAP KULIT (PELINDUNG UV SPF 30), PELEMBAP BIBIR dan KRIM URUT SERBAGUNA.


Rumusan khas tanpa pewangi dan alkohol serta mempunyai kandungan pelembap yang tinggi ini diyakini berkesan untuk memberi perlindungan serta penjagaan kepada kesihatan kulit secara keseluruhan.